Friday, 9 March 2012

# senyum ! tak perlu kata apa - apa


salam alaik semua .
actually , entry ni tentang senyum .
ade la fakta yg nk dikongsikan ckit ( even x byk ) but ok2 la .. haha
actually senyum ni byk faedah jugak .
so , dlm hidup ni perbanyakkan senyuman yer . haha

' SENYUM ITU SEDEKAH '

so , ni la sdikit fakta mngenai senyuman .
cikidout !

1. Rasulullah S . A . W . bersabda yg bermaksud :
" Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun , walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis ( wajah ceria dan senyuman ) " - Hadis Riwayat Muslim
2. senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yg dpt merangsang seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan hormon - hormon . apabila kita tersenyum , badan turut ' tersenyum ' dan memperlahankan aliran darah yg melalui sinus ke otak . ini sgt bermanfaat dlm mengelakkan tekanan darah yg tinggi ke otak .
3 . apabila kita tersenyum , kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi .
4. senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu , malah ia juga terlibat dlm penghasilan endorphin yg mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dgn diri sendiri .
5. ketawa ( berperasaan gembira ) sbyk 100 kali dlm tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovascular  sama seperti bersenam selama 10 minit . hal ini kerana , apabila kita ketawa , tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat . seterusnya , kedua - dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa .
6. " Tawa Rasulullah S . A . W . hanyalah senyuman " - Riwayat Tirmidzi 
7. kajian yg dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ' stress ' iaitu stress yg baik dan stress yg tidak baik . senyum dikategorikan sebagai stress yg baik . stress yg tidak baik akn memberi tekanan kpd sistem ketahanan badan . 
8. apabila kita senyum , sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dlm badan akn bertambah selaras dgn pertambahan Gamma - interferon ( protein melawan penyakit ) , sel T ( yg penting utk sistem pertahanan badan ) dan sel B ( yg menghasilkan antibodi utk melawan penyakit ) .
9. senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah , menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan .
10. senyuman yg diakhiri dgn ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung , tekanan darah tinggi , strok , arthritis dan ulser .
11. senyuman dan ketawa adalah senaman yg baik kerana ia membabitkan diafragma , abdomen ,sistem pernafasan , muka , kaki dan otot belakang badan . ia ibarat urutan trhdp organ - organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen , merangsang kedua - dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar . ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi , membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru .
12. ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus , sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan . 
13. senyum mampu menjadi penawar kpd penyakit rohani yg kronik . ia juga mampu menyejukkan hati yg sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwah .
14. dalam ajaran Islam , senyum mempunyai kedudukan yg setaraf dgn bersedekah . 
Sabda Rasulullah S . A . W : 
" Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah , beramar makruf  dan nahi mungkar yang lakukan untuk saudaranya juga sedekah , dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah " - HR Tirmizi dan Abu Dzar 

ok , ni lah fakta mengenai senyuman dan ketawa .

but , sebelum entry ni diakhiri , ade sedikit lagu untuk semua .
dgr yer ! haha

senyum seindah suria 
yang membawa cahaya 
senyumlah dari hati
duniamu berseri

senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum , ku tersenyum
kemesraan menguntum

senyum
kepada semua
senyumanmu
amatlah berharga
senyum 
membahagiakan
DENGAN SENYUMAN , TERJALINLAH IKATAN

so , senyum yer kawan2 
senyum x perlu kata apa - apa .. hehehe

life can give us a hundred reasons to cry , but you can give life a thousand reasons to smile





sekian , terima kasih . :-)
ma ' assalamah 
ilal liqo ' 

ukhuwah fillah abadan abada 



Terima Kasih kerana Membaca entry Missue =]

No comments:

Post a Comment